Salam Ukhwah...;)

Sahabat V2meN Nasyeed

Monday 5 September 2011

Maher Zain (nafas baru hiburan islami)


Masa yang berlalu membuatkan saya terleka. Amat sibuk kehidupan ini sampai saya terlupa ingin menceritakan perihal seorang lagi penyanyi yang membawa unsur2 islam selain Sami Yusuf (rujuk post terdahulu). Rasanya tak perlulah saya berteka-teki kerana sudah pasti anda semua telah sedia maklum identiti sebenar penyanyi tersebut. Maher Zain atau gelaran dalam fanpage beliau, MZ.

Maher Zain (lahir 1981) adalah seorang penyanyi Sweden dan penerbit muzik yang berasal dari Lubnan. Album pertamanya Thank You Allah dari 13 lagu dan dua lagu bonus dirakamkan pada 1 November, 2009. Muziknya video beliau di laman Youtube telah mengumpul lebih dari 5 juta hit.

Maher Zain lahir pada 1981 di Lebanon. Keluarganya berpindah ke Sweden ketika Maher hanya lapan tahun, di mana dia melanjutkan persekolahnya. Maher mendapat keyboard pertama ketika dia hanya sepuluh tahun. Dia kemudiannya memasuki universiti dan mendapat gelaran sarjana muda dalam Aeronautical Engineering. Ketika masa remajanya, dia selalu menghabiskan masa disekolahnya dengan rakan-rakan di mana mereka akan bernyanyi, ber-rap, menulis dan bereksperimen dengan muzik dalam segala hal.

Setelah terlibat untuk sementara di scene muzik sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan ke RedOne, seorang penerbit muzik di dunia muzik di Sweden yang berketurunan Moroco. Maher mula bekerja dengan RedOne dan kemudian berpindah ke New York. Pada bulan Januari 2009, Maher Zain mula mencipta lagu dan membuat album dan ditandatangani dengan Awakening Records. Maher mendapat inspirasi tentang muzik dari ayahnya, yang merupakan penyanyi ,yang bernyanyi di bandar Mediterranean Tripoli, Lubnan.



Dengan gaya kotemporari dan tutur lirik yang amat menyentuh kalbu, maka tak hairanlah lagu-lagu Maher Zain begitu diminati. Dengan keperatusan peminat melebihi 80% di Malaysia, sudah pasti nama penyanyi ini sudah kerap kali kita dengari. Semoga segala usaha ini akan istiqamah dan menjadi wadah untuk kita mendekati makfirat Allah s.w.t. Insyaallah. :D
Shared from my beloved Akh,
http://azzamon92.blogspot.com/

Friday 2 September 2011

Suluh Hati: Mencari Cinta Ilahi: Mana Milik Kita?

Suluh Hati: Mencari Cinta Ilahi: Mana Milik Kita?: "Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..." terkedu sebentar mendengar khabar pemergian pesakit yang menjadi 'pelanggan tetap' hospital semasa s...

Thursday 1 September 2011

Cerita Hati


Album : Hafiz Hamidun
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com


Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Berterbangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

...Merancang Kematian...


Sudahkah anda merancang kematian anda?
Ish,apa nie cakap pasal mati jer…

Macamana nak merancang, mana ada orang tahu dia mati bila, ya tepat sekali jawapan anda, sebab tak tahu lah kita kena rancang…yakni bersedia.

Semua orang tahu tarikh nak masuk peperiksaan, temuduga, hari raya, nikah dan sebagainya, lalu merancang persediaan untuk hadapi hari-hari tersebut. Namun hari yang dirancang itu belum pasti sebenarnya kerana boleh jadi hari kematian muncul terlebih dahulu, ketika ini nak salahkan siapa tak merancang untuk kita? Malahan hari kematian itu pasti dan tiada siapa yang boleh menangguhkannya apatah lagi menolaknya tidak kira sama ada kita bersedia atau tidak.

Ramai yang bijaksana lagi sistematik perancangannya untuk menyambut atau meraikan sesuatu, tapi tidak ramai yang bijaksana dalam erti kata sebenar…

Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam ditanya : Siapakah manusia yang paling bijak? Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Mereka yang paling banyak mengingati mati, dan yang paling banyak membuat persediaan untuknya. Itulah orang yang bijak, mereka pergi dengan kemegahan dunia dan kemuliaan akhirat.” [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dan al-Haithami berkata : Isnadnya hasan].

Kehidupan di dunia ini sebenar adalah perjalanan menuju kematian. Jika sebuah kereta atau sebuah kapal mahu memulakan perjalanan dan pelayaran sudah semestinya kereta dan kapal itu bermula pada destinasi yang diketahui lagi dikenali lalu dimaklumi juga kepada penumpang dan anak kapal destinasi tujuan kereta dan kapal tersebut. Jadi sudahkah kita kenal lagi mengenali asal tujuan perjalanan kehidupan ini???




Kenalilah dari mana kita datang dan ke mana destinasi akhir kita. Kematian bukanlah destinasi akhir tapi pintu akhir di dunia dan pintu permulaan untuk alam akhirat. Jadi sudah tentu destinasi sebenar seluruh makhluk manusia dan jin adalah Syurga dan Neraka.

Bagiku dan pandanganku, cukuplah 3 perkara utama yang dapat dihuraikan dalam perancangan manusia menuju kematian.

“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): 1 - Sedekah jariah, 2 - ilmu yang bermanfaat dan 3 - anak yang soleh yang mendoakannya”. (H/R Muslim 3084)

Bukankah dunia ini ibarat ladang dan hasilnya akan dituai di akhirat nanti? Maka, marilah kita bercucuk tanam merangkumi tiga perkara yang telah disebutkan Nabi Shalallahu alayhi wasallam tersebut. Jika kita perhatikan sedekah jariah, yakni kita menginfakkan atau memberi sebahagian harta yang kita ada untuk kebaikan orang lain atau untuk kebaikan umat islam maka di situ telah menunjukkan kita perlu mencari harta. Jadi adakah di sini mengajak kita meninggalkan hal pekerjaan di dunia? Tentulah tidak, malah menyedarkan kita matlamat asal hidup untuk mengumpul saham akhirat maka bekerja keraslah wahai manusia untuk mencari habuan dunia dan akhirat.



Seterusnya, ilmu yang bermanfaat yakni ilmu yang dipelajari sama ada ilmu wahyu atau ilmu aqliah. Ilmu wahyu adalah ilmu agama yang diwahyukan oleh Allah Taala kepada pesuruhNYA Nabi Muhammad Shalallahu Alayhi Wasallam. Dan ilmu aqliah yakni ilmu fardhu kifayah yang bertujuan mentadbir dan mengurus sistem kehidupan manusia yakni merangkumi ilmu kejuruteraan, perubatan, pendidikan, kebajikan dan sebagainya. 


Maka, apabila ilmu tadi diajarkan dan disebarkan kepada manusia lain yang dengan itu ramai manusia mendapat manfaat dari ilmu tadi maka, pahala yang berterusan sehingga ke hari kiamat akan datang memenuhi saham amal sang pengajar atau sang pengamal ilmu itu tadi, sebanyak bilangan orang yang mendapat menfaat dari ilmu itu tadi sebanyak itulah pahala yang diterimanya.

Dan terakhir, anak yang soleh yang mendoakan. SubhanaAllah Maha Pemurahnya Allah Azza wa Jalla kepada hambaNYA yang berusaha memikul anugerah dan amanah Allah dalam bentuk pimpinan seorang ibu atau ayah kepada zuriatnya. Lalu apabila anak yang diasuh dan dididik membesar menjadi hamba Allah Taala yang taat dan beriman kepada Allah lalu sering mendoakan kedua ibu bapanya, maka inilah harta ayah bonda yang tiada tolok bandingnya dengan isi dunia kerana setelah kematian ibu bapa tadi sesungguhnya segala harta dan kekayaannya tidaklah dapat dibawa bersama ke alam barzakh tetapi doa anak yang soleh itu jugalah yang akan sampai menemani kedua orang tua mereka.

Namun begitu, untuk mendapatkan harta bagi disedekahkan, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan terlebih dahulu hendaklah kita berILMU. Ilmu yang tersangat penting di sini adalah ilmu wahyu yakni ilmu agama. Bayangkan tanpa ilmu agama bagaimana kita mahu membezakan harta yang dicari itu halal atau haram? Jangan jadi seperti Robin Hood yang berniat baik membantu orang dalam kesusahan melalui hasil rompakan. Bagaimana pula mahu menjadi orang berilmu dan memanfaatkan ilmu kemahiran yang dipelajari tanpa terlebih dahulu kita berilmu dengan ilmu agama kerana sesungguhnya dengan agama akan menjadikan seseorang ikhlas mengharapkan pahala hanya dari Allah Taala bukan pujian dan terima kasih dari manusia. Terlebih kerana amal yang ikhlas itulah yang diterima oleh Allah Azza wajalla. Seterusnya anak yang soleh, bagaimana mahu mendapat anak yang soleh kalau tidak terlebih dahulu ibu bapanya yang soleh, lalu bagaimana mahu menjadi soleh kalau bukan dengan ILMU agama.



Oleh itu, marilah kita merancang kematian kita dengan ILMU Agama. Sentiasalah melakukan pertambahan ilmu agama yakni sesungguhnya ilmu Allah Taala amatlah luas dan tak akan habis, maka sudah tentu kita perlu sentiasa menambah ilmu sehingga ke akhir hayat. Sesungguhnya kebaikan yang diterima Allah Taala adalah dengan berilmu sebelum beramal.

"Barangsiapa Allah kehendaki baginya kebaikan maka Allah akan fahamkan dia dengan agama" -HR Bukhori


Kata Manusia.

Kata bintang: "Aku malu pada bulan. Bila mentari hilang dia 


muncul beri sinaran."





Kata bulan: "Aku malu pada bintang-bintang. Walau terlalu 


jauh tetap bersinar beri panduan orang yang sesat di lautan."




Kata manusia: "Aku malu pada PENCIPTA BULAN dan 


BINTANG. Walau seberapa banyak cahaya DIA berikan, aku 


tetap sesat hilang arah tujuan.."

Beza Kita Untuk Saling Melengkapi ;)



بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Kekalkanlah Talimu Pada Kami
Dan Tali persaudaraan Kami
Dengan Saudara-Saudara Kami
Agar Kami sentiasa Saling Melengkapi

"Dulu, masa kecik-kecik, pantang bergaduh sikit ja, mula la “tak mau kawan…!!”, pastu xsampai sehari, eerrr..xsampai beberapa jam kadang-kadang terus bebaik, siap jadik macam kawan baik lagi..hahah bila teringatkan waktu tu dulu, tersedar aku, betapa susahnya nak putuskan hubungan persahabatan tu sendiri…subhanallah.."

Beza Untuk Melengkapi.
Kadang-kadang tertanya juga, apa maksudnya perbezaan kita du dunia ni adalah untuk saling lengkap melengkapi. Kenapa di dunia ini kita diciptakan berbeza-beza, walhal Allah mampu berbuat semua dari kita ini sama sahaja. Pernah tak terfikir macam saya fikir??

Dan tiba-tiba saya dapat satu idea, dan idea itu adalah jawapan yang paling ringkas tetapi amat logik.(bagi saya yang biasa-biasa ni la). Analoginya macam ni;

Berbeza 100%
Ibarat tudung pen dan pena itu sendiri, betuknya berlainan, fungsinya berlainan, dan yang paling jelas, bentuknya berlainan. Tapi kedua-duanya saling lengkap melengkapi. Tanpa tudung pen, pen akan menjadi kering mata penanya, dan tanpa pen, tudung pen tak membawa sebarang erti dan kemungkinan nama dia bukan tudung pen pun..hehe

Begitu la penciptaan makhluk-makhluk di dunia ini, ada yang diciptakan sebagai tumbuhan haiwan, dan kita manusia. Haiwan dan tumbuhan amat berguna kepada manusia, menjadi sumber makanan, keperluan harian dan bermacam-macam lagi, bagi haiwan dan tumbuhan pula, manusia amat berguna kepada mereka terutama haiwan ternakan, manusia yang menjaga mereka, merawat, dan menambah baikkan sifat mereka (evolusi sains). Jelas bukan yang kita ni salng lengkap melengkapi. Subhanallah

Serupa tapi xsama
Satu lagi analogi mudah, pernah main jigsaw puzzle? Bentuk dan gambar pada setiap keping jigsaw puzzle tu hampir serupa, tapi xsama kan. Dan bila digabung-gabungkan, akan menjadi satu gamba yang lengkap, walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan satu gambar rajah itu, tetapi bila semunya terjalin, maka satu kepuasan semasa gambar itu Berjaya tercantum semuanya.

Kembali kepada kehidupan sebenar, manusia ini tercipta sama fizikalnya (termasuk yang istimewa). Dan yang membezakan, sifat, tingkah laku, cara pemikiran dan cara bertindak. Itulah manusia. Tetapi kita berlu saling bersatu, saling kenal mengenali, dan bersikap rendah diri. Barulah maju sesebuah bangsa itu.(tetiba mcm belajar kenegaraan)

Firman Allah SWT  :Maksudnya :Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [surah Al Hujurat, Ayat 13]
Yang mana tidak tahu, yang tahu beritahu, yang mana tidak pandai, yang pandai tolong ajar, yang mana yang tak faham, yang faham tolong terangkan. Yang mana masih terlena, yang terjaga tolong kejutkan. Yang mana terlupa, yang beringat tolong ingatkan. Itulah konsep saling lengkap melengkapi

Jangan Cepat Menghukum
Akibat daripada gagal menemui hikmah kewujudan kita secara berbeza-beza ini, ramai yang mengambil tindakan melulu, tanpa berfikir rasional disebalik tindakan mereka. Ya mmg susah untuk mengubah sesuatu yang biasa tetapi tidak salah jika kita mencuba dan ingat kita tiada kuasa untuk mengubah, tetapi kita cuba membetukkan.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.[Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Banyak Hikmah, carilah…
Ya, Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia, semuanya ada hikmah dan kebaikan untuk keperluan ummat yang hidup di dunia ini,
“Apakah kalian mengira bahwa Kami menciptakan kalian ini sia-sia belaka dan kalian mengira bahwa kalian tidak kembali kepada Kami?” (Al Mu’minun 115)
As-Sa’di mengatakan di dlm tafsir beliau hal. 30: ”Allah menciptakan segala apa yg ada di atas bumi buat kalian sebagai wujud kebaikan Allah bagi kalian dan rahmat-Nya agar kalian juga bisa mengambil manfaat dari bersenang-senang dan bisa menggali apa yg ada padanya. dan Allah menciptakan semua agar manfaat kembali kepada kita.”


jadi, kembalilah, kuatkan ikatan persaudaraan kita, ikatkan ikatan kasih sayang kita, pada saudara, sahabat, pada alam dan kehidupan sekelilingnya, dan kepada Allah dan rasul yang terutama...semoga Allah kuatkan tali2 ukhwah dan mahabbah kita, insyaAllah


saya tinggalkan sahabat-sahabat sekalian dengan 2 potong maksud ayat alQuran, semoga kit amengambil iktibar darinya..insyaAllah

Maksudnya:  “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, danmemutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama(kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil". (Surah al-Mumtahanah: Ayat 8) 


sumber inspirasi:http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2007/bil269-bhgakhir.pdf


Abg Man: susah-susah kita nak dapat kawan, xkan senang2 kita nak putuskan persahabatan, susah-susah tumbuhan dan haiwan nak membesar, tak kan senang2 kita nak musnahkan mereka tanpa sebab. fikir2kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find This Blog!