Salam Ukhwah...;)

Sahabat V2meN Nasyeed

Monday 5 September 2011

Maher Zain (nafas baru hiburan islami)


Masa yang berlalu membuatkan saya terleka. Amat sibuk kehidupan ini sampai saya terlupa ingin menceritakan perihal seorang lagi penyanyi yang membawa unsur2 islam selain Sami Yusuf (rujuk post terdahulu). Rasanya tak perlulah saya berteka-teki kerana sudah pasti anda semua telah sedia maklum identiti sebenar penyanyi tersebut. Maher Zain atau gelaran dalam fanpage beliau, MZ.

Maher Zain (lahir 1981) adalah seorang penyanyi Sweden dan penerbit muzik yang berasal dari Lubnan. Album pertamanya Thank You Allah dari 13 lagu dan dua lagu bonus dirakamkan pada 1 November, 2009. Muziknya video beliau di laman Youtube telah mengumpul lebih dari 5 juta hit.

Maher Zain lahir pada 1981 di Lebanon. Keluarganya berpindah ke Sweden ketika Maher hanya lapan tahun, di mana dia melanjutkan persekolahnya. Maher mendapat keyboard pertama ketika dia hanya sepuluh tahun. Dia kemudiannya memasuki universiti dan mendapat gelaran sarjana muda dalam Aeronautical Engineering. Ketika masa remajanya, dia selalu menghabiskan masa disekolahnya dengan rakan-rakan di mana mereka akan bernyanyi, ber-rap, menulis dan bereksperimen dengan muzik dalam segala hal.

Setelah terlibat untuk sementara di scene muzik sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan ke RedOne, seorang penerbit muzik di dunia muzik di Sweden yang berketurunan Moroco. Maher mula bekerja dengan RedOne dan kemudian berpindah ke New York. Pada bulan Januari 2009, Maher Zain mula mencipta lagu dan membuat album dan ditandatangani dengan Awakening Records. Maher mendapat inspirasi tentang muzik dari ayahnya, yang merupakan penyanyi ,yang bernyanyi di bandar Mediterranean Tripoli, Lubnan.



Dengan gaya kotemporari dan tutur lirik yang amat menyentuh kalbu, maka tak hairanlah lagu-lagu Maher Zain begitu diminati. Dengan keperatusan peminat melebihi 80% di Malaysia, sudah pasti nama penyanyi ini sudah kerap kali kita dengari. Semoga segala usaha ini akan istiqamah dan menjadi wadah untuk kita mendekati makfirat Allah s.w.t. Insyaallah. :D
Shared from my beloved Akh,
http://azzamon92.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find This Blog!